Hanya kerana lambat menjelaskan yuran sekolah, seorang guru bertindak
biadap terhadap 5 murid wanita sekolah menengah dengan menyuruh mereka
menjual tubuh jika mereka tak ada duit.
Kejadian yang berlaku di padang sidempuan sumatera utara ini telah menggemparkan media indonesia sejak kelmarin.
Menurut laporan JPNN.com, salah seorang
murid juga dikatakan bunuh diri dengan minum racun kerana tertekan
dengan kata-kata salah seorang guru di sekolah itu.
Murid perempuan yang menceritakan
kejadian itu mengatakan pada awalnya mereka dibawa ke satu bilik dan
dipertanyakan mengenai yuran sekolah yang belum dibayar.
Dengan spontan kelimanya menjawab mereka
tidak dapat menjelaskan bayaran yuran kerana keluarga mereka mengalami
masalah kewangan.
Guru yang bernama KS Itu terus
menengking dan memarahi mereka dan menyuruh menjual tubuh sahaja
dikawasan itu untuk senang mendapat duit, selain itu mereka juga diugut
akan dibuang dari sekolah.
Kelima-lima murid keluar dari bilik
dalam keadaan menangis merasa guru tersebut merendahkan martabat dan
maruah mereka. Kerana takut berdepan dengan pihak sekolah dan polis,
mereka sepakat untuk mendiamkan diri.
Namun selang beberapa hari, murid
bernama Amelya maut bunuh diri dengan minum racun, dipercayai akibat
tertekan dengan sikap guru yang sama melontarkan kata-kata tidak
sepatutnya kepada lima murid wanita tempoh hari.
Sejak daripada itu lima murid berkenan terus mengadukan kejadian kepada ibu bapa sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Bagaimanapun Guru bernama SK sudah ditahan oleh polis Padang Sidempuan dan kini dalam pebicaraan Menteri Pendidikan Indonesia.
Sumber: citedunia.com

0 komentar:
Posting Komentar